PERAK EXCELLENT

PERAK EXCELLENT

Tuesday, April 24, 2007

BLOK BANGUNAN TAMBAHAN

BLOK INI MENEMPATKAN PEJABAT PENTADBIRAN, BILIK MESYUARAT, MAKMAL KOMPUTER, BILIK MUZIK, BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP DAN MAKMAL SAINS

KELAS KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN


BANGUNAN MENEMPATKAN KELAS KKBP

PRA SEKOLAH SKLJ


BANGUNAN MENEMPATKAN DUA KELAS PRA SEKOLAH
Mengapa PSS ?
Perpustakaan tradisional – buku sahaja
• PSS – koleksi bahan-bahan P&P yang diurus secara sistematik. (buku, kertas kerja, hasil tugasan, majalah, akhbar, pita kaset, pita video, carta, glob, alat pandang dengar, dan sebagainya)

Fungsi PSS
Koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan ko-kurikulum.
• Pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan secara individu dan berkumpulan.
• Menyediakan kemudahan untuk menyokong akiviti pembelajaran.
• Menggalakkan dan mempromosi aktiviti membaca dan kemahiran maklumat.
• dan sebagainya……..

CIRI-CIRI PSS BERKESAN
Mempunyai koleksi yang sesuai, mencukupi, terkini dan menarik.
• Perkhidmatan dan koleksi PSS digunakan sepenuhnya dalam proses P&P.
• Masyarakat sekolah memahami peranan PSS sebagai khidmat bantu kurikulum.

BILIK TAYANGAN

PERATURAN MENGGUNAKAN BILIK TAYANGAN, PSS
SK. LONG JAAFAR, KAMUNTING

· Masa penggunaan adalah dari jam 7.45 pagi hingga 1.05 tengah hari setiap hari Isnin-Khamis kecuali Jumaat (12.05 tengah hari). Penggunaan selepas waktu persekolahan perlu dimaklumkan kepada penyelaras bilik.

· Murid-murid tidak dibenarkan masuk tanpa kebenaran guru.

· Murid-murid tidak dibenarkan membuat bising, mengganggu rakan-rakan dan sebagainya.

· Murid-murid tidak dibenarkan membawa masuk beg sekolah, makanan, payung dan lain-lain yang tidak berkaitan. Makan dan minum di dalam bilik ini juga tidak dibenarkan.

· Penggunaan bilik tayangan perlu dicatatkan dalam buku penggunaan yang disediakan.

· Keutamaan penggunaan kepada guru yang sudah membuat tempahan awal / mengikut jadual penggunaan yang disediakan.

· Guru bertanggungjawab menjaga keselamatan dan tingkah laku murid dalam bilik ini.

· Hanya guru dibenarkan mengendalikan peralatan media.

· Semua peralatan media tidak dibenarkan dipindah kedudukan atau keluar dari bilik tayangan.

· Sebarang perpindahan haruslah dimaklumkan kepada penyelaras bilik ini dan harus diletakkan kembali ke tempat asal

· Pastikan keadaan bilik tayangan berada dalam keadaan kemas dan teratur sebelum meninggalkan bilik ini.

· Pastikan suis-suis yang berkaitan ditutus sebelum meninggalkan bilik ini.
Menggunakan bilik ini untuk menonton atau melakukan aktiviti yang bukan bersifat pembelajaran adalah tidak dibenarkan sama sekali

SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH
Ø 1848

Bijih timah dijumpai di Kelian Baru (Kamunting) oleh pembesar Melayu (Long Jaafar). Ketika gajahnya berkubang di dalam lopak air terdapat bintik berkilat pada badan gajahnya (bijih timah). Penempatan baru dibuka. Penduduk bertambah.


Ø 1949

Ketua kampung dan penduduk Kampung Batu 4, Kamunting bergotong –royong mendirikan bangsal 4 bilik darjah (120 orang murid, 4 orang guru). Guru besar pertama ialah Tuan Haji Basir b. Awang


Ø 1951

Pindah ke bangunan lain di Jalan Kamunting Lama. Guru besar, Tuan Hj. Yusof bin Taib.


Ø 1953

Pindah lagi ke bangunan papan, Blok D-6 bilik darjah (170 orang murid – pelbagai kaum) dan bertukar nama kepada Sekolah Rendah Kamunting.


Ø 1959

Penduduk terus bertambah. Wujud kawasan perkampungan dan penempatan baru. Bilangan murid bertambah 300 orang. Sebuah bangunan tambahan papan dibina (4 bilik darjah - blok C).


Ø 1964

3 buah rumah guru dibina. Pada tahun 1986, 2 buah telah dirobohkan (usang) Sebuah lagi dijadikan setor dan pada tahun 1995 telah diubahsuai menjadi Villa Ilmu. Dalam masa kurang sepuluh tahun murid bertambah menjadi 700 orang. Sekolah menjadi 2 sesi, pagi dan petang.


Ø 1972

Jumlah murid 1000 orang. Sebuah bangunan baru (batu) 2 tingkat dibina (blok A) dan sebuah kantin. Bilangan guru 32 orang.


Ø 1977

Tukar nama dari Sekolah Rendah Kamunting kepada Sekolah Rendah Long Jaafar


Ø 1981

Jumlah murid 1132 orang (29 kelas – 41 orang guru). Sebuah lagi bangunan baru (2 tingkat) dibina - blok B.


Ø 1988

Jumlah murid 1500 orang. Dua blok bangunan baru (3 tingkat) dibina – blok E dan F.


Ø 1996

Jumlah murid meningkat kepada 2035 orang, 70 orang guru dan 10 kakitangan bukan akademik. 2 Januari 1996, Kelas Bennasalah Pembelajaran (Insaniah) dibuka - blok C


Ø 1998

Pengambilan murid Tahun 1, dihadkan kepada 6 kelas sahaja, kerana kekurangan bilik darjah untuk mewujudkan kelas komputer.


Ø 2002

Pembukaan beberapa sekolah rendah berdekatan membolehkan sesi persekolahan dijalankan pada satu sesi, pagi disebabkan bilangan murid berkurangan pada sekitar 1200 orang.


Ø 2005

Pencapaian luar biasa dicapai dalam UPSR apabila seramai 26 orang murid memperolehi 5A, rekod tertinggi setakat ini.

 Ø 2009

Sekolah Kebangsaan Long Jaafar memiliki 606 pelajar lelaki dan 529 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1135 orang. Ia mempunyai seramai 80 orang guru

 

Tuesday, April 10, 2007

TERKINI ....2007

Pusat Sumber Sekolah SK. Long Jaafar telah menerima Anugerah Akademik 2006 Peringkat Negeri Perak.

Usaha-usaha penaiktarafan dan peningkatan mutu dan kualiti pengurusan pusat sumber sekolah sedang dijalankan.

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG
KE
BLOG PUSAT SUMBER SEKOLAH
SK. LONG JAAFAR, KAMUNTING, PERAK
LOKASI
PUSAT SUMBER SEKOLAH
SKLJ
DI ARAS 1 BLOK E
Hubungi Kami:
Pusat Sumber Sekolah
SK. Long Jaafar
34600 Kamunting, Perak.
05-8073704

LAGU SEKOLAH

LAGU SEKOLAH
SK. LONG JAAFAR, KAMUNTING


Sekolah Long Jaafar
terkenal dan ternama
Melahirkan insan,
berguna dunia akhirat
Bersatu menjunjung
cita-cita sekolah
Berusaha, Berjaya, Berjasa


Dalam perjalanan
Dalam permainan
Kami usaha
Dengan tekunnya
Ketabahan hati
mencapai impian
Kejayaan pasti akan tiba
Kejayaan pasti akan tiba