PERAK EXCELLENT

PERAK EXCELLENT

Tuesday, April 24, 2007

SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH
Ø 1848

Bijih timah dijumpai di Kelian Baru (Kamunting) oleh pembesar Melayu (Long Jaafar). Ketika gajahnya berkubang di dalam lopak air terdapat bintik berkilat pada badan gajahnya (bijih timah). Penempatan baru dibuka. Penduduk bertambah.


Ø 1949

Ketua kampung dan penduduk Kampung Batu 4, Kamunting bergotong –royong mendirikan bangsal 4 bilik darjah (120 orang murid, 4 orang guru). Guru besar pertama ialah Tuan Haji Basir b. Awang


Ø 1951

Pindah ke bangunan lain di Jalan Kamunting Lama. Guru besar, Tuan Hj. Yusof bin Taib.


Ø 1953

Pindah lagi ke bangunan papan, Blok D-6 bilik darjah (170 orang murid – pelbagai kaum) dan bertukar nama kepada Sekolah Rendah Kamunting.


Ø 1959

Penduduk terus bertambah. Wujud kawasan perkampungan dan penempatan baru. Bilangan murid bertambah 300 orang. Sebuah bangunan tambahan papan dibina (4 bilik darjah - blok C).


Ø 1964

3 buah rumah guru dibina. Pada tahun 1986, 2 buah telah dirobohkan (usang) Sebuah lagi dijadikan setor dan pada tahun 1995 telah diubahsuai menjadi Villa Ilmu. Dalam masa kurang sepuluh tahun murid bertambah menjadi 700 orang. Sekolah menjadi 2 sesi, pagi dan petang.


Ø 1972

Jumlah murid 1000 orang. Sebuah bangunan baru (batu) 2 tingkat dibina (blok A) dan sebuah kantin. Bilangan guru 32 orang.


Ø 1977

Tukar nama dari Sekolah Rendah Kamunting kepada Sekolah Rendah Long Jaafar


Ø 1981

Jumlah murid 1132 orang (29 kelas – 41 orang guru). Sebuah lagi bangunan baru (2 tingkat) dibina - blok B.


Ø 1988

Jumlah murid 1500 orang. Dua blok bangunan baru (3 tingkat) dibina – blok E dan F.


Ø 1996

Jumlah murid meningkat kepada 2035 orang, 70 orang guru dan 10 kakitangan bukan akademik. 2 Januari 1996, Kelas Bennasalah Pembelajaran (Insaniah) dibuka - blok C


Ø 1998

Pengambilan murid Tahun 1, dihadkan kepada 6 kelas sahaja, kerana kekurangan bilik darjah untuk mewujudkan kelas komputer.


Ø 2002

Pembukaan beberapa sekolah rendah berdekatan membolehkan sesi persekolahan dijalankan pada satu sesi, pagi disebabkan bilangan murid berkurangan pada sekitar 1200 orang.


Ø 2005

Pencapaian luar biasa dicapai dalam UPSR apabila seramai 26 orang murid memperolehi 5A, rekod tertinggi setakat ini.

 Ø 2009

Sekolah Kebangsaan Long Jaafar memiliki 606 pelajar lelaki dan 529 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1135 orang. Ia mempunyai seramai 80 orang guru

 

No comments: