PERAK EXCELLENT

PERAK EXCELLENT

Tuesday, April 24, 2007

BILIK TAYANGAN

PERATURAN MENGGUNAKAN BILIK TAYANGAN, PSS
SK. LONG JAAFAR, KAMUNTING

· Masa penggunaan adalah dari jam 7.45 pagi hingga 1.05 tengah hari setiap hari Isnin-Khamis kecuali Jumaat (12.05 tengah hari). Penggunaan selepas waktu persekolahan perlu dimaklumkan kepada penyelaras bilik.

· Murid-murid tidak dibenarkan masuk tanpa kebenaran guru.

· Murid-murid tidak dibenarkan membuat bising, mengganggu rakan-rakan dan sebagainya.

· Murid-murid tidak dibenarkan membawa masuk beg sekolah, makanan, payung dan lain-lain yang tidak berkaitan. Makan dan minum di dalam bilik ini juga tidak dibenarkan.

· Penggunaan bilik tayangan perlu dicatatkan dalam buku penggunaan yang disediakan.

· Keutamaan penggunaan kepada guru yang sudah membuat tempahan awal / mengikut jadual penggunaan yang disediakan.

· Guru bertanggungjawab menjaga keselamatan dan tingkah laku murid dalam bilik ini.

· Hanya guru dibenarkan mengendalikan peralatan media.

· Semua peralatan media tidak dibenarkan dipindah kedudukan atau keluar dari bilik tayangan.

· Sebarang perpindahan haruslah dimaklumkan kepada penyelaras bilik ini dan harus diletakkan kembali ke tempat asal

· Pastikan keadaan bilik tayangan berada dalam keadaan kemas dan teratur sebelum meninggalkan bilik ini.

· Pastikan suis-suis yang berkaitan ditutus sebelum meninggalkan bilik ini.
Menggunakan bilik ini untuk menonton atau melakukan aktiviti yang bukan bersifat pembelajaran adalah tidak dibenarkan sama sekali

No comments: